Seni Budaya Digital merupakan salah satu usaha JKKN untuk menyemarakkan kegiatan seni budaya dan warisan dalam masa yang sama membantu memelihara dan memulihara seni dan budaya melalui kaedah baharu secara dalam talian. Program ini juga bertujuan untuk memperbanyakkan bahan rujukan digital mengenai seni budaya. Pengisian program adalah berkonsepkan dokumentari atau majalah tv yang merangkumi 6 bidang seni iaitu teater, tari, muzik, permainan tradisional, seni bela diri dan jangkauan seni budaya (masakan tradisional, seni berbahasa dan adat istiadat)