- Start Date: 2025-05-23
- Event Coordinator: JKKN Ibu Pejabat
- End Date: 2025-05-24
- Event Location: Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC) Kuala Lumpur
23 & 24 Mei 2025 – MUZIK GHAZAL: “IRAMA GHAZAL JOHOR”
Ghazal merupakan salah satu kesenian yang amat terkenal di negeri Johor. Kesenian ini diasaskan oleh Allahyarham Kolonel Musa Yusoff, atau lebih dikenali sebagai Pak Lomak, yang turut digelar sebagai ‘Bapa Ghazal Johor’. Asal kumpulan Ghazal terdiri daripada tujuh (7) orang pemain muzik yang memainkan Peti Harmonium, Gambus, Sitar, Biola, Tabla, Tamborin serta Marakas di samping seorang penyanyi lelaki dan wanita.
Lagu-lagu Ghazal selalunya disampaikan dengan bait sajak atau syair yang memuji keagungan tuhan, keindahan alam selain memuji kemasyhuran seseorang dan tempat-tempat sejarah. Jarang sekali liriknya mengalunkan lagu cinta berkasih sesama insan.
“Irama Ghazal Johor” akan menemui penonton PST dengan sajian persembahan bentuk ‘Mini Orkestra’ dalam tiga (3) segmen iaitu; Ghazal Asli, Ghazal Semasa dan Ghazal Pelbagai Ragam.
23 & 24 May 2025 – Ghazal Music: “IRAMA GHAZAL JOHOR”
Ghazal is one of the most well-known traditional art forms in the state of Johor. This art was founded by the late Colonel Musa Yusoff, better known as Pak Lomak, who is also regarded as the ‘Father of Johor Ghazal’. A traditional Ghazal group originally consists of seven (7) musicians playing the Harmonium, Gambus, Sitar, Violin, Tabla, Tambourine, and Maracas, along with one male and one female singer.
Ghazal songs are usually delivered with verses or poetry that praise the greatness of god, the beauty of nature and praise the fame of individuals and historical places. Rarely do the lyrics express love songs between people.
"Irama Ghazal Johor" will meet the audience at PST with a performance in the form of a 'Mini Orchestra' in three segments; Traditional Ghazal, Contemporary Ghazal, and Diverse Ghazal.
- RANGKAIAN GHAZAL JOHOR