26 & 27 Oktober 2024 – TEATER LAGENDA MELANAU: “TUGAU”

Tugau adalah sosok manusia yang melantik dirinya sebagai Raja Pasai berdasarkan cerita legenda etnik Melanau. Berbagai peristiwa terjadi sebelum, semasa dan selepas pelantikan beliau sebagai pemerintah kerajaan Pasai. Sepanjang pengisahan ini, terselit berbagai kesenian tradisional masyarakat tempatan dipamerkan yang meliputi sambutan menuai padi, majlis pertabalan raja dan mendirikan tiang istana serta sambutan kelahiran, permainan tradisi, adat perkahwinan sehinggalah upacara perubatan.

Kesenian tersebut sarat dengan makna simbolik yang memaparkan falsafah pemikiran, kesantunan, pekerti serta jati diri orang Melanau. Ia ditonjolkan sebagai medium kehidupan kepada sosiobudaya masyarakat berkenaan. Di sebalik keindahan tersebut, pemerintahan Tugau telah mengalami beberapa peristiwa yang menyaksikan hala tuju dan kesudahan beliau sebagai seorang Raja kepada kerajaan Pasai.

 

October 26 & 27, 2024 - MELANAU LEGENDARY THEATRE: "TUGAU"

Tugau is a legendary human figure who proclaimed himself the King of Pasai, according to the folklore of the Melanau ethnic group. Various events unfolded before, during and after his appointment as the ruler of the Pasai kingdom. Throughout this narration, various traditional arts of the local community are showcased, including harvesting celebrations, royal coronation ceremonies, palace pillar-raising rituals, birth celebrations, traditional games, wedding customs and healing ceremonies.

These art forms are imbued with symbolic meanings that reflect the philosophy, etiquette, values and identity of the Melanau people. They are presented as a medium representing the sociocultural life of the community. Behind this beauty, Tugau's reign witnessed several events that charted his course and eventual downfall as the King of the Pasai kingdom.

 

- Pertubuhan Teater Sanggar Kreatif Kuching -