Pemilihan busana merupakan antara salah satu elemen penting dalam “menghidupkan” jiwa sesebuah seni persembahan. Seiring dengan arus pemodenan dan inovasi dalam bidang seni persembahan, pemakaian busana kini telah mendapat suntikan serta idea baharu terutamanya daripada golongan anak muda. Nilai komersial dalam hal ini perlu dilihat semula agar tiada kepincangan berlaku sehingga memudarkan nilai estetika busana asli dalam seni persembahan. Justeru itu, para penggiat seni perlu sama-sama memainkan peranan dalam memastikan keaslian busana tetap terjaga disamping melahirkan kreativiti masing-masing di masa hadapan.

Saksikan Program INTELEK SENI 2024 : "Menelusuri Nilai Estetika Pemakaian Busana dalam Seni Persembahan" dibawakan khas oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM.

Tarikh : 15 Oktober 2024 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi - 4.00 petang
Tempat : Galeri Utama KPSK (Lakeside), Kolej Pengajian Seni Kreatif, Kompleks Alam Bina UiTM Kampus Puncak Alam, Selangor

Daftar penyertaan menerusi pautan :
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdgLydrCL3Wjg6Z88TWq0W7OFsGLfthCakTOINyzCy93i3FmA/viewform