Pengenalan Program

Olek Godang Seni Budaya 2023 yang bermaksud keramaian yang besar, merupakan sebuah program pelestarian seni, budaya dan warisan bersama komuniti setempat di sebuah kawasan yang beridentitikan budaya warisan melayu sejati iaitu Ladang Alam Warisan.  

Pengisian utama adalah seperti kenduri rakyat, persembahan kesenian, pertandingan sukan rakyat, pertandingan memasak dan juga mengambil kira konsep silang budaya.

Objektif

  • Memastikan seni budaya warisan negara dapat dipentas dan dipersembahkan di peringkat akar umbi ke seluruh negara untuk dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.
  • Memperkasakan program dengan menyantuni aktiviti-aktiviti silang budaya antara negeri/wilayah.
  • Memastikan kelestarian kekayaan dan kepelbagai seni, budaya dan warisan negara.
  • Mengoptimumkan perbelanjaan dan penggunaan ruang serta tenaga kerja melalui kerjasama strategik.
  • Menyemai semangat kebanggaan terhadap seni, budaya dan warisan tempatan apresiasi dalam kalangan masyarakat terutama generasi muda
  • Membina dan memperkukuh jati diri dan indentiti bangsa masyarakat Malaysia melalui seni, budaya dan warisan.
  • Membuka ruang kepada pelancong-pelancong dalam dan luar negara mengenali dan menikmati keindahan serta keunikan kepelbagaian seni, budaya dan warisan Malaysia melalui aktiviti interaktif secara fizikal, digital dan sebaran sosial media.
  • Menyemarakkan semula industri pelancongan tempatan negara.

 

Lokasi

Ladang Alam Warisan diwujudkan sebagai platform bagi melestari, memulihara, memartabat dan mempertahan dan mempromosi budaya, kesenian, warisan, adat resam serta gaya hidup Melayu Tradisional lebih 700 tahun yang lalu.

Ladang Alam Warisan menggabungkan tiga konsep pelancongan iaitu ekopelancongan, pelancongan luar bandar dan agropelancongan.

Pengisian/Aktiviti Ladang Alam Warisan :-

- Memanah Tradisional

- Memanah Berkuda Tradisional

- Glamping

- Ladang Kambing, Itik, Ayam

- ATV

- Berbasikal

- Mandi Sungai