Pengenalan

Penyelidikan Seni Budaya pada tahun 2023 merupakan program penerusan yang dilaksanakan secara bersasar melibatkan lima (5) penyelidikan seni budaya bertemakan Adat Resam dan satu (1) penyelidikan Rodat “Seni Yang Terpinggir”.  Usaha mendokumentasi dan memperkayakan sumber rujukan seni budaya ini turut mendapat kerjasama daripada NGO, Universiti Awam dan penggiat seni budaya. Manuskrip penyelidikan boleh diakses melalui pelantar NeuCanvas JKKN http://neuarkib.jkkn.gov.my/neucanvas. Enam (6) penyelidikan seni budaya seperti berikut:

  1. “Lambung Bertih” Adat Melayu Kedah Yang Ditinggalkan
  2. Adat Kelahiran Orang Asli Semai: Nilai dan Unsur Alam
  • Adat Perpatih dalan Rumah Tangga Orang Asli  Temuan di Negeri Sembilan
  1. Upacara “Talimbu Lapas” dalam Masyarakat Bisaya, Kuala Penyu
  2. Adat Perkahwinan Etnik Bidayuh
  3. Rodat “Seni Yang Terpinggir”