- Start Date: 2026-02-06
- Event Coordinator: JKKN Perlis
- End Date: 2026-02-08
- Event Location: Dataran Lapang Kangar Jaya, Perlis
Pesta Angin Timur Perlis (PAT) merupakan acara berprestij yang diinspirasikan daripada fenomena Angin Timur, satu keunikan alam yang sinonim dengan Negeri Perlis. Festival ini membawa pengunjung menyelami warisan budaya dan gaya hidup masyarakat petani tempatan melalui pelbagai aktiviti tradisional yang berteraskan kehidupan di kawasan bendang, sekali gus menonjolkan identiti dan keunikan sosio-budaya.
Pelbagai pengisian baharu dan segar diperkenalkan antaranya Pertandingan Gendang Silat, Gabungan Pergendangan, Pertandingan Kerbau Besi Berhias, Pertandingan Orang-Orang, Himpunan Basikal Lipat, Pertandingan Gasing Pangkah Terbuka, Pertandingan Kabaddi, Himpunan Motosikal Klasik, Pertandingan Permainan Tradisional Terbuka, Kejohanan Tarik Tali Kelab Antarabangsa, kenduri rakyat, Pertandingan Lastik Terbuka serta pameran dan jualan.
Pesta Angin Timur Perlis (PAT) is a prestigious event inspired by the Angin Timur phenomenon, a natural uniqueness closely associated with the state of Perlis. The festival invites visitors to immerse themselves in the cultural heritage and lifestyle of the local farming community through a wide range of traditional activities rooted in paddy field life, while highlighting the identity and distinct socio-cultural character of the state.
A variety of new and refreshing highlights are introduced, including the Gendang Silat Competition, Combined Drumming Performances, Decorated Mechanical Buffalo Competition, Scarecrow Competition, Folding-Bicycle Gathering, Gasing Pangkah Competition, Kabaddi Tournament, Classic Motorcycle Gathering, Traditional Games Competition, International Club Tug-of-War Championship, community feast (kenduri rakyat), Open Slingshot Competition, as well as exhibitions and sales.




en
bm 





















