28 & 29 Jun 2025 – OPERA CINA KANTONIS: “IRAMA LINGNAN”

Opera Cina atau lebih dikenali sebagai Xi Qu dalam bahasa Mandarin, adalah satu bentuk teater tradisional yang menggabungkan aspek lakonan, nyanyian, tarian, muzik, seni mempertahankan diri dan akrobatik. Ia telah berkembang selama beribu tahun dan mempunyai pelbagai cabang yang berbeza mengikut kawasan di China.

Selain Peking Opera, Kunqu Opera dan Hokkien Opera, Opera Kantonis begitu popular di wilayah Guangdong, Hong Kong serta Malaysia dengan muzik yang lebih lembut dan melodi menyentuh hati.

Persembahan ini diterajui oleh persatuan yang ditubuhkan oleh kumpulan artis dan ahli muzik opera profesional pada tahun 1968. Mereka akan membawakan kisah dari zaman Dinasti Han berkisar tentang persaingan dan perebutan kuasa, darjat serta pengorbanan cinta yang dipentaskan dalam enam (6) babak penuh dramatik.

 

28 & 29 June 2025 - CANTONESE OPERA: "IRAMA LINGNAN"

Chinese Opera, also known as Xi Qu in Mandarin, is a form of traditional theater that combines elements of acting, singing, dancing, music, martial arts, and acrobatics. It has evolved over thousands of years and has various branches that differ according to regions in China.

Besides Peking Opera, Kunqu Opera, and Hokkien Opera, Cantonese Opera is especially popular in the Guangdong region, Hong Kong, and Malaysia, known for its softer music and emotionally touching melodies.

                                           
This performance is led by an association founded by a group of professional opera artists and musicians in 1968. They will present a story from the Han Dynasty, centered around competition and the struggle for power, status, and the sacrifice of love, performed in six dramatic acts.

- PERSATUAN PAT WOH MALAYSIA