Pelaksanaan Festival ini bertujuan untuk menyemarak dan mengembangkan kesenian Boria melalui himpunan boria generasi lama dan generasi baharu dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di Pulau Pinang. Festival ini turut mengangkat persembahan Boria sebagai salah satu seni persembahan yang menjadi identiti Pulau Pinang.

Antara pengisian:

- Perarakan Boria

- Pertandingan Boria

- Wacana/Simposium bersama Tokoh Boria

- Persembahan Kesenian Ghazal Party dan Kesenian Pelbagai Kaum

- Pencungkilan Bakat Boria

- Bengkel Seni dan Budaya Asas Tarian Tradisional, Pemakaian Busana dan Hiasan, Muzik Asli dan Pembuatan Aksesori

- Pameran, Demonstrasi dan Jualan.

 

Boria is a form of Malay theatre of Indian origin which has gone through adaptive processes,  becoming the one and only theatre of the Malay community in Penang. The festival will present boria performances both in its traditional form and curret interpretations by the younger generation.