Pesta Angin Timur merupakan program tahunan yang dianjurkan sejak tahun 2011, yang mana ianya bertujuan untuk mendekatkan masyarakat khususnya di bahagian utara tanah air dengan pelbagai kegiatan seni, budaya dan warisan. Program ini mengambil nama sempena peredaran musim daripada sejuk ke musim panas yang dibawa angin dari sebelah Timur ke Negeri Perlis.

Pengisian program :

  1. Kenduri rakyat dan gotong royong
  2. Pertandingan permainan rakyat / tradisional
  3. Persembahan seni tradisional
  4. Pameran, demonstrasi dan jualan produk seni dan kraf
  5. Jualan makanan (food truck)
  6. Fun fair bendang
  7. Pameran pelbagai Agensi Kerajaan, Badan Berkanun, Swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)