Festival Kota Selatan 2025  merupakan sebuah program yang mengetengahkan keunikan seni, budaya dan warisan negeri Johor dalam bidang muzik, tarian, dan makanan tradisi. Program ini merupakan penganjuran kali ke-5 yang mengangkat pelestarian budaya sebagai medium permuafakatan bangsa Johor melalui pengisian – pengisian aktiviti seni budaya pelbagai kaum. FKS2025 akan bertemakan ‘Revolusi Ghazal Johor’ yang akan disampaikan melalui pengisian acara malam gala dan aktiviti pertandingan serta pengilbatan dari pelbagai generasi anak Johor.

Program Pelancongan Budaya berasaskan seni budaya ini juga akan memaparkan gabungan elemen seni, budaya dan warisan seperti:

  1. Persembahan Kebudayaan;
  2. Showcase Sentuhan Selatan (Zapin, Ghazal, Ceracap Inai);
  3. Pameran dan Demonstrasi Seni dan Warisan negeri Johor;
  4. Persembahan pelbagai kaum;
  5. Pertandingan Seni Budaya;
  6. Rumah Seni Bangsa Johor ;
  7. Jom Belajar Seni Budaya;
  8. Warung Sajian Tradisi Johor ;
  9. Pameran dan jualan Produk Seni/Kraf negeri Johor;
  10. Program penerapan nilai – nilai murni.