Festival Permainan Malaysia 2025 (FPM 2025) menanti kehadiran anda! Acara tahunan yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya, dan Persatuan Sukan Tradisional Malaysia ini, bukan sekadar festival, tetapi sebuah pengalaman budaya yang menghubungkan generasi. Kami mempersilakan anda untuk menyelami dan menguasai permainan tradisional Malaysia seperti tarik tali, galah panjang, congkak, batu seremban, kelereng, tuju tin dan pelbagai lagi.

Bersainglah dalam pertandingan tradisional dan interaktif menarik sambil menikmati persembahan inspiratif, demonstrasi mendidik, pameran yang menawan, aktiviti rekreasi, serta peluang untuk berbelanja. Ayuh, sertai kami di FPM 2025 untuk merayakan dan memperkaya warisan budaya negara.