FESTIVAL SELANGOR @BATU LAUT merupakan sebuah progam yang akan memaparkan keunikan dan kepelbagaian seni dan budaya masyarakat negeri selangor melalui penganjuran pelbagai aktiviti merangkumi pengisian utama iaitu SOUND OF SELANGOR dan pengisian sampingan seperti sukan rakyat, seni persembahan Negeri Selangor, makanan tradisi, aktiviti keluarga, pencungkilan bakat, pameran interaktif dan gerai jualan bertema.                     

Pengisian yang bertemakan “INILAH SELANGOR” bagi mengangkat kepelbagian budaya masyarakat selangor yang penuh dengan keunikan yang tersendiri.