Temasya Tranung Kite (TEGAK) adalah program yang mengangkat sosio budaya masyarakat persisiran sungai di Terengganu melalui pengisian program yang sentiasa “sohor sokmo”  melalui persembahan kebudayaan, pertandingan sukan rakyat, pameran agensi kerajaan, swasta dan NGO’s tempatan serta pelbagai aktiviti sampingan yang dapat menarik minat penglibatan masyarakat setempat dan luar daerah supaya dapat dinikmati oleh anak muda generasi sekarang serta tatapan Masyarakat.