Temasya Oghang Kedah (TOK) merupakan Program Pelancongan Budaya yang akan mengangkat serta melestarikan seni budaya masyarakat Kedah di samping mempamerkan warisan terdahulu yang menjadi amalan untuk dirasai, dihayati dan diwarnai oleh generasi hari ini.

Kekuatan untuk merealisasikan program murni ini  didasari atas fakta untuk memulihara dan mengekalkan warisan seni budaya negara ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa, di samping memupuk semangat kerjasama ke arah meningkatkan toleransi, keharmonian dan perpaduan.