Program semarak seni seluruh negara - Utusan Malaysia Online
Halaman KorporatPemetaan Budaya
Increase size
Reset to Default
Decrease size
 Image - ms_my bm
  • Image - ms_my bm
  • Image - en_gb en
Image - logojatabmnew

 

Image - logo n text-02 Image - logo n text-04 Image - logo n text-05 Image - logo n text-03
  • Utama
  • Info Korporat
      • Pengenalan
      • JKKN Negeri
  • Perkhidmatan
  • Berita & Media
  • Program
  • Galeri
  • Hubungi Kami

Program semarak seni seluruh negara - Utusan Malaysia Online

 

Pusa

Image - WhatsApp-Image-2023-06-24-at-15.35.54-new
 
  • Oleh FAHMI FAIZ
  • 25 Jun 2023, 8:44 pm
 

PETALING JAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya baru-baru ini melancarkan program menyemarakkan seni budaya di seluruh negara.

Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Wilayah Persekutuan Hidayatul ‘Ein Mohamad Azmi berkata, program bermula 20 Mei lalu turut dijayakan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).

Image - WhatsApp-Image-2023-06-24-at-09.53.02-597x600

 

Katanya, bagi peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, program berkenaan berlangsung mulai semalam sehingga esok di Kompleks JKKN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL).

Bagi melancarkan program tersebut, Hidayatul berkata JKKN WPKL sebagai penganjur Program Menyemarakkan Seni Budaya: LepakSeni@KL bersama Persatuan Mekar Budaya telah berkolaborasi dengan sepuluh pertubuhan seni budaya sekitar ibu negara.

“Program ini bertujuan melahirkan bakat baharu seni budaya melalui bengkel/pertandingan/persembahan.  Selain itu, warga KL akan berpeluang menjana pendapatan daripada aktiviti seni budaya melalui jualan produk seni, tenaga kerja produksi dan perkongsian kepakaran.

“JKKN juga berharap dapat menarik kehadiran pelancong luar mengenali seni budaya Malaysia di lokasi JKKN berdekatan Jalan Petaling dan bangunan auditorium bersejarah berusia 130 tahun yang telah diiktiraf sebagai bangunan warisan di bawah Akta Warisan Kebangsaan,” katanya dalam kenyataan, di sini.

 

Mengulas lanjut, katanya aktiviti menarik sepanjang program itu termasuk Pertandingan Gerobok Kebaya dengan Kerjasama Persatuan Tepak Tellaz, Bengkel Juri Permainan Tradisional (Persatuan Sukan Tradisional Malaysia), Lukisan Karikatur dan Pameran Jualan (Persatuan Seni Persembahan Neotrik, Budaya dan Warisan).

“(Selain itu ada) Bengkel Asas Lakonan Bersama Khairunazwan Rodzy (Pertubuhan Revolution Stage), Seni Silat (Persatuan Silat Cekak Pusaka Hanafi WPKL), Demonstrasi Silamban (Persatuan Seni Silambam Maaveeran Malaysia) dan Pertandingan Nyanyian Irama Malaysia (Persatuan Teater Malaysia),” katanya.

Pada masa sama, Hidayatul berkata JKKN turut menganjurkan Forum Nostalgia Panggung Drama yang mengupas sejarah, perkembangan dan sumbangan berkaitan kewujudan panggung di kompleks JKKN sekarang dan relevannya kepada perkembangan seni di Kuala Lumpur.

“Ahli panel terdiri daripada tokoh terkemuka teater iaitu pelakon dan pengarah Mior Hashim Manap selaku penggiat lama yang mengetahui dan melihat panggung ini sejak era 1970-an, editor dan wartawan veteran, Ku Seman Ku Hussein yang mengupas daripada sudut berbeza sebagai pengamal media yang aktif melihat perkembangan seni serta pensyarah kanan Fakulti Seni Kreatif Universiti Malaya, Dr. Marlenny Deenerwan yang mewakili generasi baharu yang menerima manfaat kewujudan panggung ini bermula hujung 1990-an sehingga kini,” katanya.

Katanya, kemuncak persembahan pada malam akhir ialah Malam Genta Seni anjuran bersama Badan Budaya DBP yang akan menampilkan Sasterawan Negara Datuk Rahman Shaari. -UTUSAN

 https://www.utusan.com.my/nasional/2023/06/program-semarak-seni-seluruh-negara/

 

 

Berita & Media

  • Keratan Akhbar
  • Siaran Media
  • Muat Turun
  • Data Terbuka
Image - Logo-01
Image - Logo-02
Image - Logo-03
Image - Logo-04
Image - Logo-06
Image - Logo-09
Image - Logo-10
Image - Logo-11
Image - Logo-12
Image - Logo-13
Image - Logo-14
Image - Logo-15
Image - qr
Image - 003-facebook Image - 002-youtube Image - 004-twitter Image - 001-instagram

IBU PEJABAT JKKN

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia,
Aras 16, 18, 19, 26, 27, 30 dan 34
Lot 1001, Menara TH Perdana
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur

Telefon : 03-26148200
Faks : 03-2697 0884 (Talian Pentadbiran)
Emel : info @ jkkn.gov.my

PAUTAN

Penafian

Data Privasi

Dasar Keselamatan

Bantuan

Data Terbuka

Perlindungan Data Peribadi

Adakah anda menyukai wajah baharu laman web ini?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Image - loading_small
Image - loading_polling
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:

Hakcipta Terpelihara @ 2025 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara
Paparan terbaik menggunakan Chrome versi 124.0 ke atas & Firefox 120.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768

  • Web Traffic:
  • 3.png1.png0.png0.png2.png3.png2.png
  • Hari Ini: 2183
  • |
  • Semalam: 2061
  • |
  • Minggu Ini: 11811
  • |
  • Bulan Ini: 11811
  • |
  • Jumlah: 3100232