MOTAC sedia perluas program iftar ke seluruh negara - Malaysia Gazette
Halaman KorporatPemetaan Budaya
Increase size
Reset to Default
Decrease size
 Image - ms_my bm
  • Image - ms_my bm
  • Image - en_gb en
Image - logojatabmnew

 

Image - logo n text-02 Image - logo n text-04 Image - logo n text-05 Image - logo n text-03
  • Utama
  • Info Korporat
      • Pengenalan
      • JKKN Negeri
  • Perkhidmatan
  • Berita & Media
  • Program
  • Galeri
  • Hubungi Kami

MOTAC sedia perluas program iftar ke seluruh negara - Malaysia Gazette

 

  • April 8, 2023  | 2:16 pm
 
MOTAC sedia perluas program iftar ke seluruh negara

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempertimbangkan cadangan memperluaskan penganjuran program iftar di setiap negeri.

Timbalan Menterinya, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, bagaimanapun pelaksanaan itu bergantung kepada kesediaan rakan strategik untuk bekerjasama menjayakan program itu.

“Kami memang sedia maklum iftar yang dianjurkan MOTAC dan pihak-pihak lain hanya dilakukan di ibu kota sahaja setakat ini dan kita dapat lihat sambutan dan pengisian program ini cukup memberangsangkan sehingga menarik kunjungan ramai daripada luar Kuala Lumpur dan juga pelancong asing setiap tahun.

“Selepas mengambil kira segala aspek ini, kita bersetuju untuk melebarkan program ini di setiap negeri seluruh negara nanti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan [email protected] di Dataran Merdeka, di sini, hari ini.

Suasana meriah ribuan orang termasuk pelancong asing mula berkumpul dan bersiap untuk berbuka puasa di Program [email protected] 2023 anjuran JKKN Kementerian Pelancongan di Dataran Merdeka hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Saraya Arbi dan Pengarah Kebudayaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Khairul Azmi.

Khairul berkata, adalah penting mempunyai rakan startegik bagi mendapatkan penajaan makanan kerana ia melibatkan perbelanjaan yang  besar.

“Bukan senang kalau hendak perluaskan ke seluruh negara, kerana kita sebelum itu kena mengenalpasti kawasan-kawasan yang sesuai untuk menganjurkan iftar penglibatan masyarakat seperti meriah di Kuala Lumpur beserta makanan dan juadah berbuka beraneka,” ujarnya. – MalaysiaGazette

  • Tags : iftar, MOTAC, negara, perluas, Program, Sedia, seluruh

https://www.malay.news/motac-sedia-perluas-program-iftar-ke-seluruh-negara/

 

Berita & Media

  • Keratan Akhbar
  • Siaran Media
  • Muat Turun
  • Data Terbuka
Image - Logo-01
Image - Logo-02
Image - Logo-03
Image - Logo-04
Image - Logo-06
Image - Logo-09
Image - Logo-10
Image - Logo-11
Image - Logo-12
Image - Logo-13
Image - Logo-14
Image - Logo-15
Image - qr
Image - 003-facebook Image - 002-youtube Image - 004-twitter Image - 001-instagram

IBU PEJABAT JKKN

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia,
Aras 16, 18, 19, 26, 27, 30 dan 34
Lot 1001, Menara TH Perdana
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur

Telefon : 03-26148200
Faks : 03-2697 0884 (Talian Pentadbiran)
Emel : info @ jkkn.gov.my

PAUTAN

Penafian

Data Privasi

Dasar Keselamatan

Bantuan

Data Terbuka

Perlindungan Data Peribadi

Adakah anda menyukai wajah baharu laman web ini?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Image - loading_small
Image - loading_polling
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:

Hakcipta Terpelihara @ 2025 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara
Paparan terbaik menggunakan Chrome versi 124.0 ke atas & Firefox 120.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768

  • Web Traffic:
  • 3.png1.png0.png0.png3.png0.png3.png
  • Hari Ini: 2254
  • |
  • Semalam: 2061
  • |
  • Minggu Ini: 11882
  • |
  • Bulan Ini: 11882
  • |
  • Jumlah: 3100303