Program seperti Iftar@KL akan diperluas ke setiap negeri - Sinar Harian
Halaman KorporatPemetaan Budaya
Increase size
Reset to Default
Decrease size
 Image - ms_my bm
  • Image - ms_my bm
  • Image - en_gb en
Image - logojatabmnew

 

Image - logo n text-02 Image - logo n text-04 Image - logo n text-05 Image - logo n text-03
  • Utama
  • Info Korporat
      • Pengenalan
      • JKKN Negeri
  • Perkhidmatan
  • Berita & Media
  • Program
  • Galeri
  • Hubungi Kami

Program seperti Iftar@KL akan diperluas ke setiap negeri - Sinar Harian

 08 April 2023 09:02pm

 
 
Orang ramai mengambil peluang berbuka puasa bersama rakan-rakan pada program Iftar@KL 2023 di Dataran Merdeka pada Sabtu. - Foto Bernama
Orang ramai mengambil peluang berbuka puasa bersama rakan-rakan pada program Iftar@KL 2023 di Dataran Merdeka pada Sabtu. - Foto Bernama
 
 

KUALA LUMPUR - Penganjuran program berbuka puasa beramai-ramai seperti Iftar@Kuala Lumpur (Iftar@KL) yang diadakan di Jalan Raja, Dataran Merdeka di sini setiap tahun akan diperluas ke setiap negeri pada masa akan datang.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan bagaimanapun berkata, pelaksanaan program itu, yang bertujuan memakmurkan Ramadan sebagai bulan ibadah serta mengeratkan silaturahim antara kaum, memerlukan kerjasama rakan strategik dan penajaan bagi menjayakannya.

 
Khairul Firdaus menurunkan tandatangannya pada gimik pelancaran program Iftar@KL 2023 di Dataran Merdeka pada Sabtu- Foto Bernama
Khairul Firdaus menurunkan tandatangannya pada gimik pelancaran program Iftar@KL 2023 di Dataran Merdeka pada Sabtu- Foto Bernama

 

"Kita lihat sambutan dan pengisian program ini cukup baik... oleh sebab itu, kita bersetuju untuk meluaskan program seumpama ini di seluruh negara.

"Namun kita perlu terlebih dahulu mengenal pasti rakan strategik lain untuk bersama menganjurkan supaya mereka boleh membantu mengenal pasti lokasi yang sesuai sekali gus ia dapat diadakan dalam suasana yang meriah,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, kementerian itu menyasarkan 10,000 warga kota termasuk pelancong asing hadir pada program Iftar@KL yang diadakan selama empat hari bermula Sabtu hingga 16 April.

Katanya selain berbuka puasa, aktiviti Iftar@KL tahun ini ialah menyedia dan mengagihkan bubur lambuk, solat berjemaah, tadarus al-Quran serta tazkirah Ramadan dan perkhidmatan kaunter zakat selain lebih 40 kenderaan saji menyediakan pelbagai juadah makanan dan minuman. - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/article/253607/khas/ramadan/program-seperti-iftarkl-akan-diperluas-ke-setiap-negeri

 

 
 

Berita & Media

  • Keratan Akhbar
  • Siaran Media
  • Muat Turun
  • Data Terbuka
Image - Logo-01
Image - Logo-02
Image - Logo-03
Image - Logo-04
Image - Logo-06
Image - Logo-09
Image - Logo-10
Image - Logo-11
Image - Logo-12
Image - Logo-13
Image - Logo-14
Image - Logo-15
Image - qr
Image - 003-facebook Image - 002-youtube Image - 004-twitter Image - 001-instagram

IBU PEJABAT JKKN

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia,
Aras 16, 18, 19, 26, 27, 30 dan 34
Lot 1001, Menara TH Perdana
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur

Telefon : 03-26148200
Faks : 03-2697 0884 (Talian Pentadbiran)
Emel : info @ jkkn.gov.my

PAUTAN

Penafian

Data Privasi

Dasar Keselamatan

Bantuan

Data Terbuka

Perlindungan Data Peribadi

Adakah anda menyukai wajah baharu laman web ini?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Image - loading_small
Image - loading_polling
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:

Hakcipta Terpelihara @ 2025 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara
Paparan terbaik menggunakan Chrome versi 124.0 ke atas & Firefox 120.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768

  • Web Traffic:
  • 3.png1.png0.png0.png2.png2.png0.png
  • Hari Ini: 2171
  • |
  • Semalam: 2061
  • |
  • Minggu Ini: 11799
  • |
  • Bulan Ini: 11799
  • |
  • Jumlah: 3100220