Iftar@KL 2023 sasar 10,000 pengunjung - Malaysia Gazette
Halaman KorporatPemetaan Budaya
Increase size
Reset to Default
Decrease size
 Image - ms_my bm
  • Image - ms_my bm
  • Image - en_gb en
Image - logojatabmnew

 

Image - logo n text-02 Image - logo n text-04 Image - logo n text-05 Image - logo n text-03
  • Utama
  • Info Korporat
      • Pengenalan
      • JKKN Negeri
  • Perkhidmatan
  • Berita & Media
  • Program
  • Galeri
  • Hubungi Kami

Iftar@KL 2023 sasar 10,000 pengunjung - Malaysia Gazette

 

By Kumara Sabapatty - 8 April 2023
 
WhatsApp-Image-2023-04-08-at-20
Suasana meriah ribuan orang termasuk pelancong asing mula berkumpul dan bersiap untuk berbuka puasa di Program Iftar@KL 2023 anjuran JKKN Kementerian Pelancongan di Dataran Merdeka hari ini.

KUALA LUMPUR – Seramai 10,000 pengunjung disasarkan menghadiri Program Majlis Berbuka Puasa Ramadhan atau Iftar@KL yang berlangsung di Dataran Merdeka selama empat hari bermula 8, 9, 15 dan 16 April ini.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, sasaran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) itu realistik selepas beberapa siri penganjuran pada tahun terdahulu berjaya menggamat sambutan luar biasa.

Katanya, keunikan Iftar@KL adalah ia hanya dianjurkan di ibu kota sahaja tetapi berjaya menarik masyarakat dari luar Kuala Lumpur termasuk pelancong asing seramai hampir 350,000 orang sehingga 2019.

“Iftar@KL kali ini akan diadakan selama empat hari iaitu pada tarikh 8,9, 15 dan 16 April ini dengan mensasarkan seramai 10,000 pengunjung dan menjangkakan sambutan luar biasa dari warga kota dan juga dari luar termasuk pelancong asing di KL,” katanya kepada pemberita selepas hadir merasmikan program tersebut.

 
WhatsApp-Image-2023-04-08-at-20
Suasana meriah ribuan orang termasuk pelancong asing mula berkumpul dan bersiap untuk berbuka puasa di Program Iftar@KL 2023 anjuran JKKN Kementerian Pelancongan di Dataran Merdeka hari ini.

Cuaca mendung dan mula gelap sebelum hujan turun memaksa pengunjung berpindah ke Bangunan Sultan Abdul Samad untuk berbuka puasa.

Terdahulu Khairul mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai yang berada di Dataran Merdeka bersempena program tersebut.

Tambah beliau, program ini dianjurkan buat tahun ke-11 sejak 2012 tetapi pada tahun 2020 ia tidak dapat dianjurkan kerana Covid-19.

Khairul berkata, Iftar@KL bertujuan mengimarahkan dan memakmurkan Ramadan sebagai bulan ibadah dan keprihatinan sesama insan selain menambah nilai kerohanian serta merapatkan dan mengeratkan silaturrahim serta toleransi antara
kaum.

Pada masa yang sama menyemarakkan lagi kebudayaan dan kesenian negara kita kepada pelancong asing, tambah beliau.

“Program Iftar@KL sebelum ini dikenali sebagai Festival Ramadhan sehingga 2014 dan berjaya mencatatkan jumlah kehadiran khalayak tempatan dan antarabangsa seramai 65,380 orang pada waktu tersebut.

“Namun, sambutannya bertambah luar biasa selepas ia dijenamakan semula pada tahun 2015 sehingga kini yang dikenali sebagai Iftar @ KL dengan kehadiran pengunjung tempatan dan antarabangsa dari tahun 2015 hingga tahun 2019 adalah keseluruhan seramai 346,974 orang.

“Justeru, Iftar 2021@Ramadan Online telah berlangsung pada 29 dan 30 April 2021 (Khamis dan Jumaat) dan buat pertama kalinya program ini disiarkan menerusi JKKNTV online dan telah meraih 13,925 tontonan dari Malaysia dan negara luar seperti Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand, Amerika Syarikat, United Kingdom, Mesir, Australia, Ethiopia, Qatar dan Taiwan dengan PR value bagi Iftar 2021@ Ramadan Online adalah RM5,265,037.91,” katanya. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2023/04/08/iftarkl-2023-sasar-10000-pengunjung/

 

 

Berita & Media

  • Keratan Akhbar
  • Siaran Media
  • Muat Turun
  • Data Terbuka
Image - Logo-01
Image - Logo-02
Image - Logo-03
Image - Logo-04
Image - Logo-06
Image - Logo-09
Image - Logo-10
Image - Logo-11
Image - Logo-12
Image - Logo-13
Image - Logo-14
Image - Logo-15
Image - qr
Image - 003-facebook Image - 002-youtube Image - 004-twitter Image - 001-instagram

IBU PEJABAT JKKN

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia,
Aras 16, 18, 19, 26, 27, 30 dan 34
Lot 1001, Menara TH Perdana
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur

Telefon : 03-26148200
Faks : 03-2697 0884 (Talian Pentadbiran)
Emel : info @ jkkn.gov.my

PAUTAN

Penafian

Data Privasi

Dasar Keselamatan

Bantuan

Data Terbuka

Perlindungan Data Peribadi

Adakah anda menyukai wajah baharu laman web ini?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Image - loading_small
Image - loading_polling
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:

Hakcipta Terpelihara @ 2025 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara
Paparan terbaik menggunakan Chrome versi 124.0 ke atas & Firefox 120.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768

  • Web Traffic:
  • 3.png1.png0.png0.png0.png4.png6.png
  • Hari Ini: 1997
  • |
  • Semalam: 2061
  • |
  • Minggu Ini: 11625
  • |
  • Bulan Ini: 11625
  • |
  • Jumlah: 3100046