Halaman KorporatPemetaan Budaya
Increase size
Reset to Default
Decrease size
  bm
  • bm
  • en

 

  • Utama
  • Info Korporat
      • Pengenalan
      • JKKN Negeri
  • Perkhidmatan
  • Berita & Media
  • Program
  • Galeri
  • Hubungi Kami

Seni Warisan Bermukun Dan Bergendang Penting Bagi Sarawak

 

Seni Warisan Bermukun Dan Bergendang Penting Bagi Sarawak

SABTU, 5 NOVEMBER 2022

KUCHING: Festival Gendang Sarawak (FGS) merupakan platform penting bagi masyarakat Sarawak untuk mempopularkan seni warisan bermukun dan bergendang yang menjadi warisan turun-temurun.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif Dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, penganjuran FGS mampu mengangkat kembali kesenian, warisan, tradisi dan budaya bergendang dan bermukun yang mana ia perlu diserlahkan kerana keunikan dan keindahan nilai seninya.

Katanya, ia juga memberikan ruang antara pemimpin dan masyarakat serta komuniti untuk saling beramah mesra, bersua muka dan lebih merapatkan lagi ukhwah dan silaturrahim.

“Kita merasa bertuah kerana tradisi bergendang in masih lagi terlaksana di hampir setiap bahagian yang ada di Sarawak.

“Seperti semua sedia maklum, tradisi bergendang dan bermukun hanya ada di Sarawak, tidak ada di negeri-negeri lain.

“Oleh itu penting bagi kita orang Sarawak, mempertahan dan memastikan kelangsungan tradisi bergendang hingga ke generasi-generasi yang akan datang. Perkara-perkara sebegini merupakan sesuatu yang autentik dan wajar diangkat sera dikekalkan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Festival Gendang Sarawak (FGS) 2022 bertempat di Tebingan Kuching di sini pada Sabtu.

Program yang dianjurkan selama tiga hari bermula 4 hingga 6 November 2022 itu menampilkan tujuh kategori pertandingan iaitu Pertandingan Gendang Melayu Sarawak (Utama), Pertandingan Tangak Berpasangan bagi Kategori Dewasa Lelaki (Terbuka), Pertandingan Tandak Berpasangan Kategori Kanak-Kanak Lelaki, Pertandingan Seh Gendang Berpasangan Wanita, Pertandingan Busana dan Tatarias Gendang Melayu Sarawak, Pertandingan Nyanyian Lagu Gendang Melayu Sarawak dan Pertandingan Bakat Kenyalang FGS.


Selain itu, Festival Gendang Sarawak kali ini turut mengadakan ‘Seminar Kearifan Tempatan: Pergendang Sarawak’ sebagai salah satu pengisian pada program berkenaan.

Tambah Dato Sri Abdul Karim seni warisan dan adat tradisi haruslah bergerak seiring dalam dunia menghadapi arus globalisasi yang semakin mencabar.

Jelasnya, ini dapat dilihat seperti di negara maju, seni dan budaya tradisional masih kukuh sehingga tidak luput ditelan zaman.

“Pada pandangan saya, seni dan budaya itulah yang menjadikan sesebuah negara itu seimbang dari segi kemajuan zahir dan lahiriahnya.

“Masyarakat akan lebih menghargai nilai dan norma dengan adanya pengisian di hati mereka mengenai peri pentingnya menjaga seni warisan tradisi turun temurun kerana ia mengandungi falsafah kehidupan yang tinggi,” ujarnya.

Hadir sama Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Dato Sri Nancy Shukri, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Dato Saraya Arbi, tetamu jemputan yang lain. -EDISI UKAS

https://ukas.sarawak.gov.my/2022/11/05/seni-warisan-bermukun-dan-bergendang-penting-bagi-sarawak/

 

Berita & Media

  • Keratan Akhbar
  • Siaran Media
  • Muat Turun
  • Data Terbuka

IBU PEJABAT JKKN

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia,
Aras 16, 18, 19, 26, 27, 30 dan 34
Lot 1001, Menara TH Perdana
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur

Telefon : 03-26148200
Faks : 03-2697 0884 (Talian Pentadbiran)
Emel : info @ jkkn.gov.my

PAUTAN

Penafian

Data Privasi

Dasar Keselamatan

Bantuan

Data Terbuka

Perlindungan Data Peribadi

Adakah anda menyukai wajah baharu laman web ini?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:

Hakcipta Terpelihara @ 2025 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara
Paparan terbaik menggunakan Chrome versi 124.0 ke atas & Firefox 120.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768

  • Web Traffic:
  • 2.png7.png0.png2.png5.png6.png8.png
  • Hari Ini: 2295
  • |
  • Semalam: 2919
  • |
  • Minggu Ini: 5214
  • |
  • Bulan Ini: 51351
  • |
  • Jumlah: 2702568