‘Festival Seni Hidup 2022’ pamer 20 warisan tidak ketara - Utusan TV
Halaman KorporatPemetaan Budaya
Increase size
Reset to Default
Decrease size
 Image - ms_my bm
  • Image - ms_my bm
  • Image - en_gb en
Image - logojatabmnew

 

Image - logo n text-02 Image - logo n text-04 Image - logo n text-05 Image - logo n text-03
  • Utama
  • Info Korporat
      • Pengenalan
      • JKKN Negeri
  • Perkhidmatan
  • Berita & Media
  • Program
  • Galeri
  • Hubungi Kami

‘Festival Seni Hidup 2022’ pamer 20 warisan tidak ketara - Utusan TV

 

Oleh Wartawan UtusanTV
 -
November 5, 2022
 
 
Image - cover-2-696x422

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menerusi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) menganjurkan Festival Seni Hidup@Living Arts Cultural Festival (LACF) bermula 4 sehingga 6 November 2022 bertempat di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Kuala Lumpur.

Festival Seni Hidup 2022 menampilkan sebanyak 20 warisan tidak ketara yang turut dipersembahkan secara hibrid daripada enam buah negara iaitu Malaysia, Argentina, Republik Rakyat Cina, Jepun, India dan Indonesia. Antara pengisian menarik ialah penampilan Juara Dunia Kejuaraan Pencak Silat Dunia Edisi Ke-19, Merrywati Manuil.

Festival ini menghimpunkan kesenian yang telah diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).

Tahun ini, enam jenis kesenian yang tersenarai di bawah UNESCO dipamerkan iaitu Silat, Songket, Tango, Opera Cina Kun Qu, Longquan Celadon dan Kumiodori. Manakala di bawah senarai Warisan Kebangsaan adalah Sewang, Gamelan, Bhangra, Tulisan Khat, Dikir Barat dan Wayang Kulit.

Manakala kesenian yang ditonjolkan dari negara lain ialah Silat Dalam Talam, Puisi Tradisional Rejang, Bungkau, Tarian Indai Abau, Pol Kal Kudarai, Sewang, Kaligrafi Khat, Gambus, Dikir Laba, Terinai Ketam Bawa Anak, Joget Gamelan Perang Manggung, Silat, Peragaan Songket, Tango, Opera Cina Kun Qu, Bhangra, Kalaripayattu, Kumiodori dan Tarian Klasik Jawa.

Selain persembahan kesenian, penonton juga disajikan sebuah dokumentari khas ‘Longquan Celadon’ dengan kerjasama Zhejiang Provincial Department of Culture and Tourism China.

Image - aa

Turut dianjurkan pelbagai program keilmuan seperti Intelek Seni, Bengkel Asas Seni Kaligrafi Khat, Bengkel Asas Tatarias Opera Cina, Bengkel Tarian Jawa Klasik, Dokumentari Pemain Tradisional dan program bual bicara yang diselaraskan oleh Persatuan Penggiat Pelancongan Senibudaya Warisan Kraf Negeri Selangor (PESTA), PUSAKA dan Persatuan Kebudayaan Han Malaysia.

Dalam pada itu, buku ‘Keindahan Kain Tenun Songket Malaysia’ turut dilancarkan. Songket yang digelar ‘Ratu Kain’ dalam tenunan Melayu telah disenaraikan di bawah Representative List of Intangible Cultural Heritage of Humanity pada tahun 2021.

JKKN turut menganjurkan pertandingan pencungkilan seperti Pertandingan Nyanyian Lagu Melayu Asli, Pertandingan Tarian Rampaian Tradisional dan Pertandingan Memasak Citarasa ADABI. Penonton juga mengambil peluang mempelajari masakan tradisional dalam ‘Program Jom ke Dapur Warisan’ yang dibawa khas oleh Jabatan Warisan Negara (JWN).

“Usaha memastikan kelangsungan seni budaya dalam pemuliharaan dan pemeliharaan khazanah negara menjadi agenda penting jabatan ini. Selain itu, kerjasama serampang dua mata bagi memperkenalkan keindahan warisan tidak ketara dari pelbagai negara juga menjadi satu titik tolak dalam memperkukuhkan persahabatan dan kerjasama strategik dalam seni budaya”, kata Norazman bin Othman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) MOTAC tentang festival ini.

Image - bb-1

https://utusantv.com/2022/11/05/festival-seni-hidup-2022-pamer-20-warisan-tidak-ketara/#:~:text=Festival%20Seni%20Hidup%202022%20menampilkan,%2C%20Jepun%2C%20India%20dan%20Indonesia.

 

 

Berita & Media

  • Keratan Akhbar
  • Siaran Media
  • Muat Turun
  • Data Terbuka
Image - Logo-01
Image - Logo-02
Image - Logo-03
Image - Logo-04
Image - Logo-06
Image - Logo-09
Image - Logo-10
Image - Logo-11
Image - Logo-12
Image - Logo-13
Image - Logo-14
Image - Logo-15
Image - qr
Image - 003-facebook Image - 002-youtube Image - 004-twitter Image - 001-instagram

IBU PEJABAT JKKN

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia,
Aras 16, 18, 19, 26, 27, 30 dan 34
Lot 1001, Menara TH Perdana
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur

Telefon : 03-26148200
Faks : 03-2697 0884 (Talian Pentadbiran)
Emel : info @ jkkn.gov.my

PAUTAN

Penafian

Data Privasi

Dasar Keselamatan

Bantuan

Data Terbuka

Perlindungan Data Peribadi

Adakah anda menyukai wajah baharu laman web ini?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Image - loading_small
Image - loading_polling
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:

Hakcipta Terpelihara @ 2025 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara
Paparan terbaik menggunakan Chrome versi 124.0 ke atas & Firefox 120.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768

  • Web Traffic:
  • 3.png1.png0.png0.png4.png1.png8.png
  • Hari Ini: 12
  • |
  • Semalam: 2356
  • |
  • Minggu Ini: 11997
  • |
  • Bulan Ini: 11997
  • |
  • Jumlah: 3100418