Suntikan Teknologi Baharu 'Gegarkan' Dikir Barat - Berita Harian Online
Halaman KorporatPemetaan Budaya
Increase size
Reset to Default
Decrease size
 Image - ms_my bm
  • Image - ms_my bm
  • Image - en_gb en
Image - logojatabmnew

 

Image - logo n text-02 Image - logo n text-04 Image - logo n text-05 Image - logo n text-03
  • Utama
  • Info Korporat
      • Pengenalan
      • JKKN Negeri
  • Perkhidmatan
  • Berita & Media
  • Program
  • Galeri
  • Hubungi Kami

Suntikan Teknologi Baharu 'Gegarkan' Dikir Barat - Berita Harian Online

 

Oleh Azhar Shahrulnizam - November 8, 2022 @ 3:53pm

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Elemen teknologi digunakan bagi membuatkan persembahan dikir barat kelihatan lebih hidup. Gambar ihsan PUSAKA
Elemen teknologi digunakan bagi membuatkan persembahan dikir barat kelihatan lebih hidup. Gambar ihsan PUSAKA

 

KUALA LUMPUR: Ketika dijemput untuk menonton dikir barat dengan 'sentuhan teknologi', saya tertanya-tanya apakah yang mungkin berbeza?

Memang jika mahu dibandingkan dikir barat yang dipersembahkan sekitar tahun 70-an dengan hari ini, sudah ada beberapa pembaharuan dibuat. Misalnya dahulu, pendikir akan duduk dalam satu bulatan. Hari ini, pendikir bersila menghadap penonton kerana

ia dibuat bagi tujuan menghiburkan hadirin.

Malah, loghat Kelantan yang digunakan juga tidak terlalu pekat bagi memudahkan audien memahami apa yang dilagukan.

 
Namun apa yang bakal disajikan menerusi dikir barat dengan teknologi baharu? Minggu lalu, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan Kerjasama Persatuan Cinta Seni Budaya (PERSIDAYA), Akademi Arjunasukma, KinoCinema Media dan Pusaka menjawab pertanyaan itu.

Mengangkat kisah klasik Hang Tuah, persembahan dikir barat itu yang dinamakan 'Sentuhan Teknologi' Kisah Hang Tuah, dijayakan dengan tiga jenis teknik terkini iaitu 'projection mapping'; holografik juga tangkapan gerakan (motion capture).

 

Secara asasnya, persembahan dikir barat itu masih lagi sama dan tiada apa-apa pun yang terjejas. Dari segi persembahan elemen seperti awak-awak, tukang karut dan pantun yang digunakan semua masih lagi mengikut acuan tradisional. Cuma elemen teknologi digunakan bagi membuatkan persembahan kelihatan lebih hidup.

Misalnya, ketika pementasan dibuka dengan lagu seperti Jogho, Karut Yengki dan Karut Kelantan, teknologi projection mapping digunakan. Penonton ketika itu seakan-akan berada berada pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dengan latar dan suasana yang ditampilkan.

Kemudian, latar itu berubah seolah-olah berada di kawasan air terjun. Kesan itu timbul apabila cahaya daripada projektor dipancarkan kepada mana-mana permukaan, tidak seperti projektor biasa yang hanya boleh memancarkan cahaya pada permukaan rata.

Menerusi teknik projection mapping ini, objek yang ditunjukkan akan wujud dalam keadaan tiga dimensi (3D) dan membolehkan pendikir berinteraksi menggunakan projektor seolah-olah susuk Hang Tuah itu ada di pentas.

Teknik holografik pula ditampilkan seawal persembahan yang menampilkan watak kanak-kanak lelaki dan pengawal istana dalam bentuk hologram. Disebabkan ia adalah gabungan fotografi dan videografi, pergerakan gambar dan video nyata memukau penonton.

Malah mereka dapat merasai pengalaman menonton dikir barat seperti sedang menonton filem yang mempunyai kesan khas termasuk watak seorang lelaki tua yang seakan-akan terbang menerusi teknik tangkapan gerak.

Dari sudut penceritaannya, dikir barat ini unik kerana tampil dengan kisah Hang Tuah sebagai fokus namun dengan pengakhiran yang segar. Ia dibuka dengan episod kemurkaan Sultan Melaka susulan mendapat khabar mengenai Hang Tuah yang didakwa berlaku 'mungkar' sedangkan panglima itu adalah insan yang paling dipercayainya.

Hang Tuah kemudian disorokkan di dalam hutan oleh Bendahara Tun Perak selepas ditangkap. Bendahara tidak percaya dengan khabar angin yang mengatakan Hang Tuah melakukan kemungkaran.

Apabila Hang Jebat mengetahui Hang Tuah sudah dihukum bunuh oleh sultan, beliau mengamuk di istana dan mengambil tindakan menderhaka serta membalas dendam. Kemarahan itu disebabkan Hang Jebat percaya hukuman mati kepada Hang Tuah sangat kejam.

Namun, apabila Bendahara Tun Perak mendedahkan kepada sultan bahawa Hang Tuah tidak dibunuh sebaliknya disorokkan, sultan mengizinkan Hang Tuah untuk bertarung dengan Hang Jebat yang bermaharaja lela di istana. Pesan sultan, pertumpahan darah akibat kemarahan Hang Jebat dapat dibendung.

Berdasarkan kisah asal dalam teks klasik Hikayat Hang Tuah juga Sulalatus Salatin, Hang Jebat terkorban di tangan Hang Tuah. Menariknya dalam pementasan kali ini, pertempuran dua watak itu turut ditampilkan dengan susuk tubuh seorang lelaki tua yang memberi nasihat kepada kedua-duanya.

Hang Tuah dan Hang Jebat dinasihatkan supaya berdamai dan menghentikan pergaduhan. Kedua-duanya bersetuju kerana pasti saja pergaduhan mereka tidak akan menguntungkan mana-mana pihak dan hanya membawa kerosakan kepada diri masing-masing.

Terdahulu dalam sidang media sebelum pementasan berlangsung, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohd Yusri Mohd Yusoff menegaskan teknik baharu persembahan dikir barat itu dibuat bagi mempromosikan kesenian tradisional dengan gabungan teknologi.

"Justeru ia mampu muncul sebagai produk pelancongan budaya dan memberi pulangan ekonomi selain itu ia juga mampu memberi dimensi baharu dalam persembahan kesenian tradisional.

"Persembahan ini mampu memberi dimensi baharu dalam persembahan kesenian tradisional supaya mampu selari dengan kehendak peredaran masa kini serta boleh dipasarkan ke pentas antarabangsa," katanya.

Pementasan dikir barat dengan sentuhan teknologi ini adalah yang pertama seumpamanya. Ia bakal dipersembahkan di Festival Seni Hidup pada 5 November 2022 di Pusat Pelancongan Malaysia, Kuala Lumpur.

Jika mendapat sambutan, tentu saja ia bakal membuka ruang adaptasi karya sastera klasik yang lain tampil di pentas dikir.

https://www.bharian.com.my/rencana/sastera/2022/11/1022736/suntikan-teknologi-baharu-gegarkan-dikir-barat

 

 
 

Berita & Media

  • Keratan Akhbar
  • Siaran Media
  • Muat Turun
  • Data Terbuka
Image - Logo-01
Image - Logo-02
Image - Logo-03
Image - Logo-04
Image - Logo-06
Image - Logo-09
Image - Logo-10
Image - Logo-11
Image - Logo-12
Image - Logo-13
Image - Logo-14
Image - Logo-15
Image - qr
Image - 003-facebook Image - 002-youtube Image - 004-twitter Image - 001-instagram

IBU PEJABAT JKKN

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia,
Aras 16, 18, 19, 26, 27, 30 dan 34
Lot 1001, Menara TH Perdana
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur

Telefon : 03-26148200
Faks : 03-2697 0884 (Talian Pentadbiran)
Emel : info @ jkkn.gov.my

PAUTAN

Penafian

Data Privasi

Dasar Keselamatan

Bantuan

Data Terbuka

Perlindungan Data Peribadi

Adakah anda menyukai wajah baharu laman web ini?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Image - loading_small
Image - loading_polling
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:

Hakcipta Terpelihara @ 2025 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara
Paparan terbaik menggunakan Chrome versi 124.0 ke atas & Firefox 120.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768

  • Web Traffic:
  • 3.png1.png0.png0.png3.png1.png6.png
  • Hari Ini: 2267
  • |
  • Semalam: 2061
  • |
  • Minggu Ini: 11895
  • |
  • Bulan Ini: 11895
  • |
  • Jumlah: 3100316