JKKN anjur Festival Permainan Malaysia di Dataran Merdeka - Kosmo Online
Halaman KorporatPemetaan Budaya
Increase size
Reset to Default
Decrease size
 Image - ms_my bm
  • Image - ms_my bm
  • Image - en_gb en
Image - logojatabmnew

 

Image - logo n text-02 Image - logo n text-04 Image - logo n text-05 Image - logo n text-03
  • Utama
  • Info Korporat
      • Pengenalan
      • JKKN Negeri
  • Perkhidmatan
  • Berita & Media
  • Program
  • Galeri
  • Hubungi Kami

JKKN anjur Festival Permainan Malaysia di Dataran Merdeka - Kosmo Online

 Image - WhatsApp-Image-2022-09-23-at-19.32.36
Sukan tarik tali antara acara yang dipertandingkan pada Festival Permainan Malaysia @ Kuala Lumpur 2022 (FPM@KL 2022) di Dataran Kuala Lumpur.
 
  • Oleh KOSMO!
  • 23 September 2022, 8:58 pm

PETALING JAYA – Orang ramai dijemput memeriahkan Festival Permainan Malaysia @ Kuala Lumpur 2022 (FPM@KL 2022) anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Festival yang dianjurkan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu bermula hari ini sehingga Ahad depan bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Menurut JKKN, program yang telah memasuki tahun ketujuh itu berkonsepkan festival merangkumi pelbagai aktiviti dan pengisian seperti pertandingan permainan tradisional, permainan interaktif, pameran, demonstrasi, persembahan serta jualan.

Jelas JKKN, festival tersebut mengangkat permainan Malaysia sebagai teras programnya dan seramai 1,368 peserta terdiri daripada badan beruniform serta sektor korporat akan terlibat.

“Pengisian utama FPM@KL 2022 adalah pertandingan permainan tradisional di antara badan beruniform dan juga sektor korporat yang dikelolakan oleh Kelab Sukan Tradisional Harmoni.

“Selain itu, penganjuran festival ini diharap dapat menyediakan peluang menjana pendapatan kepada usahawan seni budaya dalam menggalakkan pertumbuhan ekonomi setempat,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, JKKN berkata, orang ramai juga berpeluang menyertai permainan lagenda rakyat seperti kelereng, kaki hantu, lari dalam guni berkembar, tarik upih / guni dan terompah gergasi.

Kata JKKN lagi, bagi memeriahkan lagi penganjuran FPM @ KL 2022, dua acara larian diadakan iaitu Larian Keluarga Malaysia dan KL Cultural Fun Run & Ride.

“Acara ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan maklumat lanjut dan pendaftaran boleh dibuat melalui laman web www.raceasia.com.

“Maklumat dan keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai boleh melayari laman sesawang JKKN iaitu www.jkkn.gov.my ataupun boleh layari facebook JKKN melalui pautan www.facebook.com/mysenibudaya,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2022/09/23/jkkn-anjur-festival-permainan-malaysia-di-dataran-merdeka/

 

 

Berita & Media

  • Keratan Akhbar
  • Siaran Media
  • Muat Turun
  • Data Terbuka
Image - Logo-01
Image - Logo-02
Image - Logo-03
Image - Logo-04
Image - Logo-06
Image - Logo-09
Image - Logo-10
Image - Logo-11
Image - Logo-12
Image - Logo-13
Image - Logo-14
Image - Logo-15
Image - qr
Image - 003-facebook Image - 002-youtube Image - 004-twitter Image - 001-instagram

IBU PEJABAT JKKN

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia,
Aras 16, 18, 19, 26, 27, 30 dan 34
Lot 1001, Menara TH Perdana
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur

Telefon : 03-26148200
Faks : 03-2697 0884 (Talian Pentadbiran)
Emel : info @ jkkn.gov.my

PAUTAN

Penafian

Data Privasi

Dasar Keselamatan

Bantuan

Data Terbuka

Perlindungan Data Peribadi

Adakah anda menyukai wajah baharu laman web ini?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Image - loading_small
Image - loading_polling
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:

Hakcipta Terpelihara @ 2025 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara
Paparan terbaik menggunakan Chrome versi 124.0 ke atas & Firefox 120.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768

  • Web Traffic:
  • 3.png1.png0.png0.png2.png4.png9.png
  • Hari Ini: 2200
  • |
  • Semalam: 2061
  • |
  • Minggu Ini: 11828
  • |
  • Bulan Ini: 11828
  • |
  • Jumlah: 3100249