Festival Permainan Malaysia di Dataran Merdeka pada 23 September ini
Halaman KorporatPemetaan Budaya
Increase size
Reset to Default
Decrease size
 Image - ms_my bm
  • Image - ms_my bm
  • Image - en_gb en
Image - logojatabmnew

 

Image - logo n text-02 Image - logo n text-04 Image - logo n text-05 Image - logo n text-03
  • Utama
  • Info Korporat
      • Pengenalan
      • JKKN Negeri
  • Perkhidmatan
  • Berita & Media
  • Program
  • Galeri
  • Hubungi Kami

Festival Permainan Malaysia di Dataran Merdeka pada 23 September ini

 
Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi - September 7, 2022 @ 6:08pm
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Mesran (tiga dari kiri) ketika sidang media Festival Permainan Malaysia di Lobi Utama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. NSTP/AZIAH AZMEE
Mesran (tiga dari kiri) ketika sidang media Festival Permainan Malaysia di Lobi Utama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. NSTP/AZIAH AZMEE

 

KUALA LUMPUR: Lebih 10,000 pengunjung dijangka menghadiri Festival Permainan Malaysia@Kuala Lumpur 2022 (FPM@KL 2022) yang bakal diadakan pada 23 sehingga 25 September ini di Dataran Merdeka, di sini.

Festival itu dianjurkan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) menerusi JKKN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ketua Pengarah JKKN, Mesran Mohd Yusop, berkata acara tahunan yang masuk tahun ke tujuh itu adalah antara program di bawah Kalendar Pelancongan Budaya bagi mengetengahkan keunikan seni budaya negeri.

Katanya, ia berkonsepkan festival membabitkan pelbagai aktiviti dan pengisian seperti pertandingan permainan tradisional, permainan interaktif, pameran, demonstrasi, persembahan serta jualan.

"Selain bertujuan menyemarakkan permainan tradisional dan sukan rakyat pelbagai kaum di Malaysia, festival ini juga diharap dapat mengangkat dan memulihara keunikan kesenian serta kepelbagaian warisan tradisi rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media FPM@KL 2022 di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia di sini, hari ini.

Mesran berkata, seramai 1,368 peserta terdiri daripada badan beruniform dan sektor korporat akan menyertai festival itu dalam 10 pertandingan permainan tradisional.

Katanya, pertandingan itu termasuk tarik tali tradisional, galah panjang, congkak, batu seremban, sepak raga ratus, bola sepak kain pelikat, dam haji, terompah gergasi, menyumpit dan memanah tradisional.

"Pengisian utama FPM@KL 2022 adalah pertandingan permainan tradisional di antara badan beruniform dan juga sektor korporat yang akan dikelolakan oleh Kelab Sukan Tradisional Harmoni.

"Orang ramai pula berpeluang menyertai Permainan Lagenda Rakyat seperti kelereng, kaki hantu, lari dalam guni berkembar, tarik upih atau guni dan terompah gergasi," katanya.

Beliau berkata, turut diadakan adalah Kejohanan Tarik Tali Terbuka Malaysia dan Pertandingan Pocket Bike yang akan membabitkan pelumba terdiri daripada kanak-kanak.

Selain itu katanya, terdapat juga Pertandingan Gasing Pangkah iaitu MyGasing Championship yang membabitkan penyertaan daripada Singapura dan Brunei.

"Bagi memeriahkan lagi penganjuran FPM@KL 2022 dua acara larian akan diadakan iaitu Larian Keluarga Malaysia dan KL Cultural Fun Run and Ride yang boleh mula daftar menerusi laman web www.raceasia.com dengan bayaran tertentu.

"Orang ramai dijemput memeriahkan festival yang diadakan secara percuma ini selepas dua tahun tidak dapat diadakan keranaCOVID-19.

"Saya juga berharap penganjuran festival ini akan dapat menyediakan peluang menjana pendapatan kepada usahawan seni budaya menerusi jualan bazar seni," katanya.

Mesran berkata, majlis perasmian festival itu akan diadakan pada 24 September dan dijangka dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Untuk maklumat lanjut mengenai program itu boleh layari www.jkkn.gov.my atau Facebook JKKN.

 

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/09/997580/festival-permainan-malaysia-di-dataran-merdeka-pada-23-september-ini

 

 

Berita & Media

  • Keratan Akhbar
  • Siaran Media
  • Muat Turun
  • Data Terbuka
Image - Logo-01
Image - Logo-02
Image - Logo-03
Image - Logo-04
Image - Logo-06
Image - Logo-09
Image - Logo-10
Image - Logo-11
Image - Logo-12
Image - Logo-13
Image - Logo-14
Image - Logo-15
Image - qr
Image - 003-facebook Image - 002-youtube Image - 004-twitter Image - 001-instagram

IBU PEJABAT JKKN

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia,
Aras 16, 18, 19, 26, 27, 30 dan 34
Lot 1001, Menara TH Perdana
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur

Telefon : 03-26148200
Faks : 03-2697 0884 (Talian Pentadbiran)
Emel : info @ jkkn.gov.my

PAUTAN

Penafian

Data Privasi

Dasar Keselamatan

Bantuan

Data Terbuka

Perlindungan Data Peribadi

Adakah anda menyukai wajah baharu laman web ini?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Image - loading_small
Image - loading_polling
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:

Hakcipta Terpelihara @ 2025 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara
Paparan terbaik menggunakan Chrome versi 124.0 ke atas & Firefox 120.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768

  • Web Traffic:
  • 3.png1.png0.png0.png3.png1.png6.png
  • Hari Ini: 2267
  • |
  • Semalam: 2061
  • |
  • Minggu Ini: 11895
  • |
  • Bulan Ini: 11895
  • |
  • Jumlah: 3100316