DI pada 30 September 2021

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Melaka dengan kolaborasi bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil inisiatif menjalankan Pertandingan Dondang Sayang secara maya bertemakan anti rasuah. 

Pertandingan yang dijalankan sepenuhnya secara maya ini dilakukan setelah menimbang semula keadaan negara akibat pandemik COVID-19. 

Pertandingan Dondang Sayang yang bertujuan untuk meneruskan peranan pengiktirafan yang telah diberikan oleh UNESCO dalam memperjuangkan warisan seni Dondang Sayang sebagai sebuah warisan yang tidak luput di minda generasi muda. 

Sebelum memasuki peringkat saringan, para peserta diminta mengisi borang penyertaan secara dalam talian serta berpeluang mengikuti taklimat pertandingan dan bengkel Dondang Sayang yang dilaksanakan secara dalam talian menerusi aplikasi zoom oleh urus setia pertandingan. 

 

Setelah melalui pelbagai saringan, para peserta telah berjaya layak ke Pertandingan Akhir dilaksanakan secara hibrid mengikut situasi pada 25 September lalu yang dilaksanakan secara dua sesi iaitu pagi dan petang. Peserta akan mempertaruhkan nyanyian dengan pantun dondang sayang anti rasuah secara spontan.

Acara kemuncak menampilkan artis jemputan antaranya Asmidar Ahmad yang juga merupakan Juara Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2006, The Siblings Band, Halimah  Baba iaitu Tokoh Dondang Sayang Negeri Melaka.

Majlis dijalankan secara rakaman tertutup dengan jumlah penonton yang terhad. Siaran langsung turut dapat ditonton menerusi Facebook JKKN Melaka, SPRM Community dan Viral TV.

Pemenang bagi kategori Kanak-Kanak membawa pulang hadiah keseluruhan RM1,480. Manakala bagi kategori Remaja pula jumlah keseluruhan hadiah RM3,930 serta Dewasa (RM5,100) 

Peserta dinilai bukan sahaja berdasarkan kemahiran menyanyi lenggok Dondang Sayang tetapi juga kemampuan berbalas pantun anti rasuah secara spontan. 

Juri Rasmi pertandingan ini yang terdiri daripada pegawai SPRM, JKKN, Tokoh Warisan Orang Hidup (Dondang Sayang), Tenaga Pengajar dari Institut Warisan Malaysia, Melaka (INSWA), dan Persatuan Dondang Sayang Negeri Melaka (PDSNM).

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!

Sumber foto: JKKN

https://www.getaran.my/artikel/budaya/12186/pertandingan-dondang-sayang-bawa-mesej-anti-rasuah#.YVZpOKymQHo.whatsapp