Sidang Kemuncak Dunia Mengenai Seni dan Budaya Kali Ke- 8: Dinamik Minda Mudah Alih: Cabaran Dari Perspektif Kebudayaan, Pengetahuan dan Perubahan
- Butiran
- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
PUTRAJAYA, 9 Mac (Bernama) - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MoTAC), International Federation of Arts Councils and Culture Agencies (IFACCA) dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) akan menganjurkan Sidang Kemuncak Dunia Mengenai Seni Dan Budaya Kali Ke-8 pada 11 hingga 14 Mac 2019 di KL Performing Arts Centre (KL PAC), Sentul, Kuala Lumpur.
Tema persidangan ini 'Minda Mudah Alih: Budaya, Pengetahuan dan Perubahan'
(Mobile Minds: Culture, Knowledge and Change). Tema ini diilhamkan oleh Malaysia atas dasar negara ini kaya dengan kepelbagaian budaya dan tradisi yang unik.
Persidangan ini bertujuan untuk memberi inspirasi tentang kesan perubahan global dalam kalangan masyarakat, teknologi, politik, alam sekitar mempengaruhi budaya dan persekitaran kreatif. Sidang ini juga mencari perspektif berbeza bagaimana kerajaan dan pembuat dasar mencari keseimbangan antara permintaan semasa di samping memelihara budaya dalam arus kemajuan dan transformasi masyarakat.
Sementara itu, 'Welcoming Remarks' oleh YBhg. Tan Sri Norliza Rofli, Ketua Pengarah JKKN dan Opening Keynote Address akan disampaikan oleh Prof. Karima Bennoune - United Nation Special Rapporteur on Culture Rights.
Lebih 400 peserta dari 70 buah negara yang akan menghadiri persidangan yang pertama kali diadakan di negara ini. Selain itu, seramai 93 orang penceramah moderator dan penceramah utama (keynote speakers) akan membentangkan pelbagai isu dalam persidangan kemuncak ini.
Sidang Kemuncak ini diharapkan dapat menemukan idea dan solusi baharu menerusi pandangan dan perkongsian ilmu oleh para karyawan, ilmuan, penyelidik, para pembuat dasar dan semua yang terlibat dalam sektor seni budaya dan teknologi di seluruh dunia dalam usaha merancakkan dan memacu sektor industri kreatif di negara kita di peringkat global.
YTL Communications Sendirian Berhad salah sebuah pembekal perkhidmatan komunikasi Malaysia turut menyumbangkan perkhidmatan internet percuma Yes sepanjang tempoh persidangan.
Maklumat lanjut untuk persidangan ini boleh layari, www.artsummit.org atau menerusi laman sosial Facebook World Summit on Arts and Culture. - BERNAMA ONLINE
Di keluarkan oleh:
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia