Persembahan Tarian di Aras Ketinggian 73.1 Meter Meriahkan Sidang Kemuncak - Bernama Online
- Butiran
- Bernama Online
AKSI BERANI... Antara gimik persembahan tarian 'Dance on Wall' sempena Sidang Kemuncak Dunia Mengenai Seni dan Budaya ke-18 yang akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Muhammad Bakhtiar Wan Chik, hari ini.
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Enam penari dari Bandaloop, syarikat tari dari Amerika Syarikat, hari ini mempamerkan aksi hebat menari di paras ketinggian 73.1meter, dengan bangunan Pullman Kuala Lumpur City Centre Hotel and Residences menjadi pentas menegak kepada persembahan tarian mereka.
Pertunjukkan hebat yang singkat itu adalah contoh persembahan kumpulan tari terkenal dunia Bandaloop #dancewall tarian di pentas menegak, yang akan dipersembahkan bersama dengan penari tempatan dari ASK Dance Company (ASK) malam esok, sempena Sidang Kemucak ke-lapan Dunia Seni dan Kebudayaan Kuala Lumpur 2019.
Pengarah Eksekutif Bandaloop Thomas Cavanagh berkata menerusi kolaborasi dengan ASK, orang ramai akan dapat menyaksikan persembahan tarian unik yang menyatukan koreografi Bandaloop dan ASK ke dalam pergerakan tarian masing-masing. - BERNAMA ONLINE