Jelasnya, cadangan tersebut wajar dipertimbangkan berikutan sambutan hangat ditunjukkan masyarakat pada acara tersebut yang buat julung kalinya dianjurkan pada 19 hingga 21 Julai lalu.

"Kita (Kementerian) cadang untuk memasukkan BFF ke dalam kalendar Tahun Melawat Malaysia 2020 kerana kita menerima kira-kira 15,000 pengunjung sepanjang program berlangsung selama tiga hari.

"Selama ini orang hanya kenal Tanjong sahaja, Balik Pulau ini seperti permata tersembunyi.

"Jadi sudah tiba masanya untuk kita serlahkan potensi Balik Pulau kepada masyarakat luar agar ianya mampu menjadi produk pelancongan kepada Pulau Pinang," ujar beliau kepada pemberita pada Majlis Perasmian Penutupan BPF 2019, dekat Kompleks Sukan Balik Pulau, semalam.

Majlis penutupan tersebut disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri (T.Y.T) Tun Dr. Abdul Rahman Abbas.

Hadir sama, Exco Pembangunan Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Yeoh Soon Hin; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Pulau Betong, Mohd. Tuah Ismail dan Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Mazidah Mustapha.

Mengulas lanjut, Muhhamad Bakhtiar turut membayangkan bahawa festival tersebut akan diteruskan sebagai acara tahunan dalam memupuk rasa cinta, menghargai kesenian serta budaya khususnya generasi muda dalam mempromosikan Balik Pulau sebagai lokasi pelancongan baharu.
"TYT (Abdul Rahman) juga ada menyuarakan pendapat meminta supaya pada masa akan datang, festival ini diadakan pada musim durian kerana di sini (Balik Pulau) sudah terkenal dengan durian," jelas Ahli Parlimen Balik Pulau itu lagi.

Sementara itu, Soon Hin ketika berucap menzahirkan keyakinan bahawa penganjuran BPF juga setanding dengan acara-acara tahunan lain di Pulau Pinang seperti George Town Festival, George Town Literary Festival, Penang Bridge International Marathon dan lain-lain pada masa akan datang.

Dalam perkembangan lain, Muhammad Baktiar memaklumkan bahawa empat lokasi perumahan kos rendah di kawasan berkenaan dicat dengan lukisan dinding (mural) yang mencerminkan identiti Balik Pulau melalui kerjasama Balai Seni Lukis Negara.

​

PULAU BETONG - Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Muhammad Bakhtiar Wan Chik berhasrat untuk memasukkan Festival Balik Pulau (BPF) sebagai salah satu pengisian dalam kalendar Tahun Melawat Malaysia 2020.

 

 

"Tiga daripada enam orang artis yang melakukan kerja-kerja tersebut merupakan anak jati Balik Pulau.

"Antara tema yang diangkat melalui projek ini termasuklah buah-buahan terkenal seperti durian dan buah pala, mencari ikan laga, peniaga roti, burung bangau dan lain-lain," ujarnya lagi.

https://www.buletinmutiara.com/timbalan-menteri-cadang-masukkan-bpf-dalam-kalender-tahun-melawat-malaysia-2020/