Pelaksanaan Program

  • Pelaksanaan program-program seni, budaya dan warisan yang dianjurkan setiap hujung minggu mengikut kesesuaian tempat dan diadakan di seluruh negara mengikut negeri dengan keutamaan disetiap bandar atau luar bandar.
  • Program dilaksanakan ini turut mengambil kira konsep silang budaya bagi acara-acara kebudayaan dari negeri lain. Antara pengisian festival adalah seperti berikut:

      (i) Persembahan pentas dan pocket show seperti tarian, lagu rakyat, muzik,  

           permainan tradisional, teater dan lakonan oleh Kumpulan Kebudayaan,

           Agensi MOTAC, NGO Seni Budaya dan artis jemputan;

      (ii) Pameran dan gerai jualan produk / perkhidmatan kebudayaan serta

           pelancongan melibatkan industri dan usahawan setempat;

      (iii) Demonstrasi persembahan, permainan, pembuatan dan masakan bagi

           produk kebudayaan tradisional seperti barangan kraf, batik, masakan

           tradisional (hampir pupus), alatan muzik dan lain-lain;

      (iv) Sesi bual bicara, seminar dan bengkel;

      (v) Pameran dan kaunter perkhidmatan agensi kerajaan (persekutuan dan negeri).

  • Penganjuran program adalah melalui kerjasama rakan strategik antara MOTAC, Agensi MOTAC, Kerajaan Negeri dan PBT dari penyediaan tempat, promosi atau lain-lain aspek penganjuran yang bersesuaian. Keterlibatan pihak NGO, NPO,swasta dan komuniti setempat melalui inisiatif geran sempadan adalah sangat digalakkan bagi meransang semangat kebersamaan.