PEMENTASAN KARYA AGUNG TEATER TRADISIONAL MEK MULUNG
 
Pementasan Teater Tradisional Mek Mulung pada kali akan membawakan cerita Putera Cahaya Bulan yang memaparkan pergolakan kisah Putera Cahaya Bulan, Puteri Nang Mara dan Raja Gergasi. Saksikan perjalanan kisah mereka yang pasti mengusik emosi anda. Jom datang saksikan persembahan Mek Mulung pada tarikh berikut:
📌 Tarikh : 27 & 28 Oktober 2024 ( Ahad & Isnin)
📌 Masa: 8.30 Malam
📍Tempat: Dewan Konsert Seri Budiman, UiTM Shah
Alam
 
Masuk adalah Percuma!
 
Untuk kehadiran menonton, sila imbas Kod QR yang tertera di Poster atau tekan pautan link:
 
SIMPOSIUM MEK MULUNG 2024
 
Simposium ini akan menghimpunkan pembentang kertas kerja daripada pentadbir budaya, karyawan seni, ahli akademik dan penggiat seni yang akan mengupas dan membicarakan tentang kesenian Mek Mulung dalam tiga sesi dengan pelbagai tema. Seramai 10 orang pembentang kertas kerja dari Malaysia, Indonesia dan Thailand akan terlibat secara aktif dalam sesi pembentangan dan sesi soal jawab.
Penyertaan peserta adalah percuma dan sijil penyertaan akan diberikan. Simposium akan berlangsung pada :
 
📌 Tarikh : 28 Oktober 2024 (Isnin)
📌 Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
📍 Tempat: Dewan Konsert Seri Budiman, UiTM Shah
Alam
 
Untuk pendaftaran dan maklumat pembentangan lebih lanjut, imbas kod QR pada poster atau tekan pautan:
 
Hantar penyertaan anda sekarang. Tarikh tutup penyertaan pada 24 Oktober 2024.
 
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Cawangan Penyelidikan dan Pembangunan, JKKN di talian 03-2614 8200.