Sinopsis Pementasan Teater Asy Syura

Naskah Asy Syura yang membawa maksud perpaduan berkisarkan pergolakan yang berlaku di antara adik-beradik dalam sebuah keluarga di mana saling berlaku percanggahan pendapat dalam menguruskan tanah pusaka peninggalan arwah ayah mereka.

Ada yang benar-benar mahukan tanah pusaka tersebut dibahagi-bahagikan agar masing-masing mendapat bahagiannya dan ada yang tidak mahu ambil peduli langsung mengenai tanah pusaka tersebut.

Pergolakan semakin kusut apabila abang sulung mereka, Mid yang hakikatnya seorang lelaki yang sempurna dengan didikan agama yang tinggi namun sikapnya yang suka berjudi, tamak dan keras hati menyebabkan dia dimusuhi oleh orang di sekelilingnya. Kebisuan Jarah, isteri kepada Mid lantaran perbuatan suaminya itu dipendam dan tidak pernah diluahkan kepada sesiapa.

Inah, anak anak kepada Nin dan Siah satu-satunya tempat Jarah mencurahkan kasih sayang. Hal ini berlanjutan sehinggalah Inah menemui ajalnya. Setelah apa yang berlaku, Mid mula sedar atas semua yang terjadi dek kerana angkaranya sendiri.

"Tentang sesuatu apa pun kamu berselisih maka keputusannya (terserah) kepada Allah (yang mempunyai sifat-sifat demikian). Itulah Allah Tuhanku, kepadaNyalah aku bertawakal dan kepadanyaNyalah aku kembali " Surah Asy Syura, juz 25.