Muzik Caklempong merupakan alat muzik yang sangat sinonim dengan identiti Negeri Sembilan. FESTIVAL CAKLEMPONG 2024 akan memperkenalkan muzik caklempong sebagai alat muzik utama bagi setiap lagu yang didendangkan semasa persembahan malam gala Konsert Caklempong Extravaganza.

Festival ini juga akan memperkenal dan mempromosikan sembilan (9) identiti Negeri Sembilan iaitu Muzik (Caklempong), Tarian (Piring Lambung), Busana (Kebaya Setengah Tiang, Baju Kurung Ibu Soko), Rumah Berbumbung Panjang (Pameran Seni Bina), Bunga Lada (Canting Batik), Makanan (Demontrasi Masakan Tradisional), Permainan (Dam Aji dan Gasing), Adat Perpatih ( Info dan Peralatan Adat) dan LaguLagu Tradisional Negeri Sembilan sebagai pemangkin jati diri adat dan budaya di sini.

Festival ini akan dijadikan sebagai medium untuk membantu menjanakan aktivitiaktiviti kebudayaan dan kesenian serta mempromosi produk pelancongan dan seni budaya Negeri Sembilan ke luar negara dan khususnya di Malaysia.

Festival ini merupakan produk pelancongan budaya yang dapat menarik pelancong domestik dan antarabangsa ke Negeri Sembilan. Festival Caklempong yang berwajah Negeri Sembilan ini dapat merakyatkan kebudayaan dan kesenian berindentitikan Negeri Sembilan. Kepelbagaian segmen persembahan yang dapat mencerminkan pengembangan muzik tradisional Caklempong di Malaysia khususnya di Negeri Sembilan.

Antara pengisian:

- Konsert Caklempong Ekstravaganza

- Bengkel Caklempong, Dikir Rebana, Tumbuk Kalang dan Bongai

- Pertandingan Bongai Peringkat Sekolah dan Terbuka

- Pameran dan Demonstrasi 8 Identiti Negeri Sembilan

- Busana (Kebaya Setengah Tiang, Baju Kurung Ibu Soko)

- Rumah Berbumbung Panjang (pameran seni bina)

- Bunga Lada (cantingan batik)

- Permainan Tradisional

- Adat Perpatih

 

A Festival not to be missed by domestic and International visitors to Negeri Sembilan. The Cak lempong Festival features the music of Cak Lempong, one of the main identity of the state. The insrument is played in many different ways.

Activities:

- Cak Lempong Extravaganza Concert

- Workshop on cak Lempong, Dikir Rebana, Tumbuk Kalang and Bongai

- Bongal competition for schools and the open category

- Exhibition and Demonstration on the 8 features of Negeri Sembilan identity

- Fashion show featuring traditional attire of Kebaya Setengah Tiang, Baju Kurung Ibu Soko

- Exhibition featuring the Rumah Berbumbung Panjang architectural motifs

- Batik canting

- Traditional Games

- Adat Perpatih