KUALA LUMPUR 29 April - Persembahan Konsert Permata Seni Negara bertemakan Menggilap Bakat Muda, Membentuk Generasi Perkasa di Panggung Sari Istana Budaya malam ini memukau lebih 2,000 penonton yang hadir.

Konsert anjuran Bahagian Permata Negara dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Istana Budaya serta Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan itu turut dihadiri isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga merupakan penaung program berkenaan.

Menurut Jurucakap Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, persembahan selama 1 jam 50 minit tanpa henti itu bertujuan menyerlahkan bakat kanak-kanak yang telah digilap menerusi program Permata Seni Negara.

"Kelainan penganjuran kali ini adalah persembahan anak-anak Permata Seni Negara digandingkan dengan penggiat seni profesional tanah air. Malah ia melibatkan 342 peserta yang mana persembahan diadakan selama tiga sesi bermula semalam.

"Persembahan yang menggandingkan Permata Seni Koir, Muzik dan Seni Tari ini berkonsepkan muzikal dengan gabungan empat segmen iaitu Bakat Muda, Membentuk Kecemerlangan, Hebat dan Gemilang serta Pewaris Seni," katanya di sini, hari ini.

Persembahan mengagumkan itu mengetengahkan elemen muzik, nyanyian, tari dan lakonan selain disokong oleh koreografi tari serta gubahan koir yang mantap.

Konsert berkenaan turut dimeriahkan dengan barisan artis jemputan seperti Datuk Man Kidal, Datuk Syafinaz Selamat, Hael Husaini dan Sheery Al-Hadad. - UTUSAN ONLINE

Utusan Melayu (M) Bhd 

Hakcipta Terpelihara @ 2024 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara
Paparan terbaik menggunakan Chrome versi 124.0 ke atas & Firefox 120.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768

  • Web Traffic:
  • 2.png2.png8.png0.png1.png1.png9.png
  • Hari Ini: 1891
  • |
  • Semalam: 1525
  • |
  • Minggu Ini: 17484
  • |
  • Bulan Ini: 58762
  • |
  • Jumlah: 2280119