Activity Calendar

Pertandingan Nyanyian Lagu-Lagu P.Ramlee
Friday 20 August 2021, 08:00am
To Monday 20 September 2021

Serlahkan bakat dan kreativiti anda dengan menyertai Program Pencungkilan Bakat sempena Festival Seni Hidup 2021 (Living Arts Cultural Festival 2021)

PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU-LAGU P. RAMLEE

Hadiah wang tunai menanti anda!!!

Johan: RM3,000.00
Naib Johan: RM2,000.00
Tempat Ke-3: RM1,000.00
Tempat Ke-4: RM800.00
Tempat Ke-5: RM500.00

Sagu Hati x 5 Pemenang: RM300.00
Persembahan Terbaik: RM200.00
VOKAL Terbaik: RM200.00
Peserta Paling Popular: RM200.00  

 

Tempoh penyertaan: 20 Ogos hingga 20 September 2021

Tarikh tutup penyertaan: 20 September 2021

 

Muat naik video anda ke Google Drive atau Wetransfer dan sertakan pautan di Borang Penyertaan. 

Sila imbas QR code untuk SYARAT & BORANG PENYERTAAN atau klik pautan berikut: https://forms.gle/1bS28haArXqvLFWb6

Borang dan Syarat Penyertaan juga boleh didapati di www.jkkn.gov.my

SYARAT PENYERTAAN:

  1. Tarikh penghantaran penyertaan PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU-LAGU P. RAMLEE sempena Living Arts Cultural Festival 2021 bermula pada 20 Ogos 2021 hingga 20 September 2021. Penyertaan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dinilai.
  2. Peserta bebas untuk menyanyikan mana-mana lagu yang disenaraikan menggunakan minus one, atau iringan muzik lain atau acapella mengikut kreativiti masing-masing.
  3. Peserta dibenarkan menyanyi secara solo atau duet atau berkumpulan.
  4. Peserta perlu menghantar video dalam format mp4 (HD 1080p (1920 x 1080-pixel resolution).
  5. Tarikh undian PESERTA POPULAR melalui undian di halaman peminat facebook Living Arts Cultural Festival akan bermula pada 25 September 2021 hingga 20 Oktober 2021. Kiraan: Like: 1 markah / Share: 2 markah (reacts dan lain-lain tidak dikira).
  6. 10 peserta akhir PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU-LAGU P. RAMLEE akan diumumkan pada 25 Oktober 2021.
  7. Semua penyertaan perlu dikemukakan melalui google form yang disediakan.
  8. Untuk maklumat lanjut sila hubungi 03-26148200/8760 atau e-mel ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..
  9. Keputusan pengadil adalah MUKTAMAD.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Urus Setia Pertandingan di talian 03-2614 8200 / 8202 / 8214 / 8261

#jkkn #mysenibudaya #motac

#LACF2021 #festivalsenihidup

#pencungkilanbakat #nyanyianlaguPRamlee

Copyright © 2024 National Department For Culture And Arts
Best viewed using Chrome version 124.0 or later & Firefox 122.0 or later with minimum resolution of 1024 x 768

  • Web Traffic:
  • 1.png9.png5.png6.png8.png0.png8.png
  • Today: 914
  • |
  • Yesterday: 6587
  • |
  • This Week: 16227
  • |
  • This Month: 58506
  • |
  • Total: 1956808