Sinopsis

Konsert Genius Seni adalah merupakan anjuran Bahagian Genius, Jabatan Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Istana Budaya dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

Berlangsung pada 16 & 17 Disember 2022 bertempat di Auditorium Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Konsert bertemakan ‘Sedekad Dimensi Kecemerlangan’

Berkonsepkan pementasan muzikal yang mana konsert ini digarap dengan unsur penceritaan oleh seorang datuk (watak peran dalam Mek Mulung) kepada tiga orang cucunya iaitu Aiman, Alia dan Alif. Penceritaan berkisar tentang pengalaman beliau semasa menyertai PERMATA Seni/ GENIUS Seni yang banyak terlibat dalam persembahan sama ada di dalam mahupun di luar negara. Tertarik dengan kisah yang diceritakan oleh datuk akhirnya timbul kesedaran dan minat dalam diri Aiman (TARI), Alia (MUZIK) dan Alif (KOIR) untuk mempelajari dengan lebih mendalam dan akhirnya mereka juga turut menyertai GENIUS Seni. Pementasan digarap dengan mengabungkan ketiga-tiga elemen seni iaitu muzik, tari dan koir.