Sinopsis

Festival Tari Malaysia telah dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (KPKK) sejak tahun 1992. Sehingga 1999 penyertaan Festival Tari Malaysia hanya terbuka kepada kumpulan profesional atau kumpulan yang diwujudkan secara tetap. Mulai tahun 2000 penyertaan Festival Tari Malaysia telah diperluaskan kepada kumpulan amatur di seluruh negara. Format dan konsep pertandingan tarian mulai 2000 – 2009 menumpukan kepada kesenian tradisional.

Pada tahun 2022, Festival Tari Malaysia di peringkat negeri akan dimulakan dengan Bengkel Tari yang telah dilaksanakan pada tahun 2021. Bengkel ini merupakan pendedahan kepada para jurulatih, penggiat seni tari dan guru tari terlibat bagi memahami dengan lebih mendalam dan terarah berkaitan sesebuah tarian dan kategori tarian.

Festival Tari Malaysia Peringkat Negeri 2022 merupakan satu landasan bagi mengenalpasti kumpulan yang akan dipilih untuk bertanding di peringkat kebangsaan sempena Festival Tari Malaysia 2023.