FESTIVAL TARI MALAYSIA 2025
- Start Date: 2025-04-09
- Event Coordinator: JKKN Ibu Pejabat
- End Date: 2025-04-20
- Event Location: Kuala Lumpur
Festival Tari Malaysia telah dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (KPKK) sejak tahun 1992.
Sehingga 1999 penyertaan Festival Tari Malaysia hanya terbuka kepada kumpulan profesional atau kumpulan yang diwujudkan secara tetap. Mulai tahun 2000 penyertaan Festival Tari Malaysia telah diperluaskan kepada kumpulan amatur di seluruh negara berkonsepkan pertandingan yang menumpukan kepada tarian Rampaian Tradisional Asli, Inang, Zapin dan Joget serta tarian Kreatif Malaysia bertemakan kesenian budaya di negeri-negeri yang terdapat di Malaysia.
Melalui Festival Tari Malaysia yang telah diadakan pada tahun 2024, mengikut zon sebanyak lapan (8) kumpulan terbaik seluruh Malaysia dipilih untuk dipertandingkan di Festival Tari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2025.