Sinopsis

Program Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak merupakan program teras JKKN di bawah Bahagian Bimbingan Seni Budaya dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. Antara program tersebut ialah Kelab Tunas Budaya untuk sekolah rendah, Kelab Giat Budaya untuk sekolah menengah dan Kumpulan Bimbingan Seni Cemerlang di bawah seliaan JKKN Negeri.

Justeru itu, Program Kem Seni Budaya Remaja Malaysia 2022 ini merupakan satu program untuk menghimpunkan remaja yang berbakat cemerlang pelajar dalam bidang tari, teater, muzik dan gasing dibawah Program Bimbingan Seni Budaya seliaan JKKN Negeri. Konsep program ini berbentuk latihan, ceramah, aktiviti komuniti dan Majlis Apresiasi.

Tujuan program ini adalah untuk mengenalpasti kumpulan tunas budaya negeri berumur 10 – 17 tahun yang cemerlang diberi pendedahan untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan bidang seni yang mereka ceburi iaitu Seni tari, Teater, Muzik dan Gasing.

Peserta juga berpeluang berkongsi ilmu seni dengan tokoh dan penggiat seni.

Di samping itu, ROI program ini adalah untuk melahirkan pelapis seni budaya, kerjaya masa depan mereka dan pemuliharaan seni budaya negara.

 

TARIKH : 19 - 24 DISEMBER 2022 ( ISNIN – SABTU )

MASA  : 8.30 PAGI – 10.30 MALAM

TEMPAT: KOMPLEKS JKKN MELAKA, MELAKA