Sinopsis

Program Kejuaraan Tari Kanak-Kanak Malaysia Peringkat Kebangsaan 2022 ini merupakan satu program untuk mencungkil bakat kecemerlangan pelajar dalam bidang tari dibawah seliaan JKKN Negeri. Sebanyak 8 buah Kumpulan Bimbingan Seni Cemerlang (KBSC) terbaik telah dinilai sepanjang KTKKM peringkat negeri akan dipilih dan bertanding di peringkat Kebangsaan.

 

Objektif program ini dianjurjkan adalah untuk mengenalpasti kumpulan, peserta dan jurulatih dikalangan Artis Budaya JKKN Negeri dan Jurulatih Seni Budaya Negara (JSBN) yang cemerlang dan melahirkan generasi pelapis dalam bidang seni tari. Disamping itu, ROI program ini adalah untuk menghasilkan modul Kreasi Baru bagi tujuan pembelajaran pelajar-pelajar sekolah dan KBSC.

 

Tarikh: 17-18 Disember 2022

Masa: 8.30 pagi – 10.30 malam

Tempat: Istana Budaya, Kuala Lumpur

 

Kategori Pertandingan

KBSC

      - Kategori Kreasi Baru

      - Terbuka ( 7-12 tahun )

      -  Durasi  – 3 - 4 minit

      - Penyertaan tidak melebihi 15 orang