25 & 26 Julai 2025 – TARIAN MELAYU: “TEMASYA TARI MELAYU: LAMA DALAM BAHARU”

"Temasya Tari Melayu: Lama Dalam Baharu" merupakan sebuah persembahan yang meraikan keindahan dan keunikan tarian tradisional Melayu dalam pendekatan baharu dengan memberikan perspektif segar tanpa menghilangkan nilai autentiknya. Persembahan ini bertujuan untuk mengangkat semula seni tarian klasik dan rakyat Melayu itu sendiri dengan konsep pertembungan antara tradisi dan inovasi dalam seni tarian Melayu.

Bagi segmen pertama, ‘Tari Klasik Melayu’ memaparkan keindahan dan kehalusan seni tarian daripada repertoir Gamelan Melayu dan Terinai Perlis yang kian pupus. Manakala segmen kedua pula iaitu ‘Tari Rakyat Melayu’ menampilkan persembahan khas daripada repertoir warisan negara, terdiri daripada tarian-tarian yang pernah dicipta di Kompleks Budaya Negara (KBN) pada tahun 1970-an.

Berdurasi 1 jam 30 minit, penonton akan ditawarkan dengan apresiasi baharu terhadap kepentingan sejarah dan nilai artistik yang menggabungkan elemen autentik, klasik, dan berinformasi untuk memberi pengalaman persembahan yang bermakna serta memperkukuh penghargaan terhadap seni tarian Melayu.

 

25 & 26 July 2025 - MALAY DANCE: "TEMASYA TARI MELAYU: LAMA DALAM BAHARU"

"Temasya Tari Melayu: Lama Dalam Baharu" is a performance that celebrates the beauty and uniqueness of traditional Malay dance through a new approach, offering a fresh perspective without losing its authentic values. This performance aims to revive the classical and folk Malay dance arts with a concept that merges tradition and innovation in Malay dance.

The first segment, ‘Tari Klasik Melayu’ (Classic Malay Dance), showcases the beauty and refinement of traditional dance from the Malay Gamelan repertoire and the Terinai Perlis, which are increasingly rare. The second segment, ‘Tari Rakyat Melayu’ (Folk Malay Dance), features special performances from the national heritage repertoire, including dances created at the Kompleks Budaya Negara in the 1970s.

With a duration of 1 hour and 30 minutes, the audience will be offered a new appreciation of the historical significance and artistic value, combining authentic, classical, and informative elements to deliver a meaningful performance experience and strengthen the appreciation of Malay dance arts.

- KUMPULAN KESENIAN UNIVERSITI MALAYA